SEKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Written by admin on June 22, 2008 – 11:17 pm -

“Sembahyang itu tiang Agama. Barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.”

6 Seksaan Di Dunia

1. ALLAH mengurangkan berkat umurnya.
2. ALLAH tidak mempermudahkan rezekinya di dunia.
3. ALLAH menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam.
5. ALLAH tidak akan menerima doanya.

3 Seksaan Ketika Menghadapi Mati

1. Mati dalam keadaan yang hina.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya.

3 Seksaan Sewaktu Dalam Kubur

1. ALLAH akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
2. ALLAH akan mengelapkan kuburnya.
3. ALLAH akan menyeksanya sehingga hari kiamat.

3 Seksaan Ketika Bertemu ALLAH

1. Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh Malaikat.
2. ALLAH tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan.
3. ALLAh tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam neraka dengan azab yang pedih dan lagi keras.

Dosa dan Balasan Meninggalkan Sembahyang Lima Waktu

Subuh: Sekali meninggalkan dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat (bersamaan 60,000 tahun di dunia)
Zohor: Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1,000 umat Islam.
Asar: Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram,Makkah).
Maghrib: Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
Isyak: Sekali meninggalkannya ALLAH tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum nikmat-Nya.

Subscribe to my RSS feed

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Written by admin on May 23, 2008 – 4:29 pm -

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah

di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah dibulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah “ibdah haji” sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tiada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat. itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu…

Subscribe to my RSS feed